![]() |
| RIHANNA |
SELEPAS ramai selebriti Hollywood membantu mangsa gempa Haiti dengan pelbagai cara, kini giliran penyanyi Rihanna pula menunjukkan rasa simpatinya terhadap mangsa-mangsa tersebut.
Penyanyi yang popular dengan lagu Umbrella itu akan menyanyikan lagu Redemption Song yang pernah dipopularkan oleh Bob Marley melalui rancangan televisyen popular Hollywood, Oprah.
Rihanna memilih lagu tersebut kerana mempunyai pengalaman peribadi sendiri apabila pada waktu itu, Penyanyi berusia 21 tahun itu sedang tertekan.
"Lagu Redemption Song memberikan inspirasi dan semangat ketika saya berhadapan dengan tekanan.
"Jadi saya rasa masyarakat Haiti juga perlu mendengar muzik yang boleh membangkitkan semangat mereka semula," katanya kepada majalah FemaleFirst.
Lagu Redemption Song versi Rihanna kini boleh didapati di laman web rasmi Oprah dan keuntungan menerusi penjualan lagu tersebut akan disumbangkan kepada mangsa gempa di sana.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: