
SEORANG wanita Palestin duduk dekat barang-barang miliknya selepas rumahnya dirobohkan oleh tentera Israel di Tana dekat Nablus semalam.
NABLUS – Tentera Israel merobohkan 20 buah rumah penduduk Palestin di utara Tebing Barat semalam selepas mengusir kira-kira 40 keluarga yang tinggal di lokasi itu.
Rumah-rumah itu yang dihuni sejumlah pengembala kambing terletak di desa pertanian Tana dekat sini.
Ia terletak dalam zon yang dikenali sebagai Kawasan C iaitu lokasi yang dikuasai sepenuhnya oleh tentera Israel.
Beberapa penduduk menyatakan, pihak tentera meminta mereka berpindah dari rumah tersebut sebulan lalu.
Seorang jurucakap tentera Israel menyatakan struktur rumah tersebut dibina tanpa mendapat permit di kawasan yang menjadi tempat latihan tentera.
“Penduduk telah diberikan amaran banyak kali kerana meletakkan diri mereka dalam bahaya disebabkan masih tinggal di kawasan berkenaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: