Wednesday, January 6, 2010

Hukuman pengganas dikekalkan


ZACARIAS


WASHINGTON - Sebuah mahkamah rayuan di Amerika Syarikat (AS) mengesahkan kelmarin bahawa hukuman penjara seumur hidup dikenakan terhadap rakyat Perancis, Zacarias Moussaoui yang terlibat dengan serangan pengganas pada 11 September 2001 di AS.

Keputusan itu menyokong hukuman yang dijatuhkan terhadap Zacarias di Virginia pada Mei 2006.

Rakyat Perancis itu mengaku bersalah berkonspirasi merampas beberapa pesawat yang digunakan dalam serangan di New York dan Washington.

Zacarias kini menjalani hukuman di sebuah penjara yang mempunyai kawalan keselamatan paling ketat di Colorado.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: