Wednesday, January 6, 2010

Pakai bikini edar sandwic percuma


SEORANG wanita yang memakai bikini berwarna hijau mengedarkan sandwich tauhu percuma kepada seorang lelaki di Farragut Square, Washington kelmarin.



DUA wanita yang memakai bikini berwarna hijau berdiri mengedarkan sandwic tauhu percuma kepada orang ramai di Farragut Square, Washington kelmarin.

WASHINGTON - Pertubuhan hak asasi pembela haiwan menggunakan pelbagai cara untuk mempromosikan sayur-sayuran sebagai pengganti makanan berdaging.

Dalam satu kempen terbaru, beberapa anggota pertubuhan Orang Ramai Untuk Layanan Beretika Terhadap Haiwan (PETA) sanggup memakai bikini dalam cuaca sejuk.

Mereka memakai bikini dan mengedarkan sandwic tauhu percuma kepada orang ramai di Farragut Square, Washington kelmarin.

Pengedaran sandwic taufu itu merupakan sebahagian daripada kempen makan sayur-sayuran yang diperjuangkan oleh kumpulan tersebut sejak sekain lama.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: