Monday, January 18, 2010

Guru, pelajar lemas, empat hilang


ANGGOTA penyelamat mengusung mayat yang ditemui dalam kejadian perahu naga terbalik di George Town semalam.

GEORGE TOWN - Latihan menyertai Kejohanan Perahu Naga pada bulan Jun ini oleh pasukan Sekolah Tinggi Chung Ling di sini berakhir tragedi apabila bot yang dinaiki terbalik dan mengorbankan dua nyawa manakala empat pelajar lagi hilang.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.45 pagi di persisiran pantai di Pangkalan Weld di sini semalam.



Mangsa yang terkorban ialah guru bertugas, Chin Aik Siang, 28, dan pelajarnya, Jason Ch'ng, 17.

Mereka yang masih belum ditemui ialah Brandon Yeoh, 17, Yong Xiang, 16, Koh Yix Hiang, 17, dan Cheah Zi Jun, 17.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, ketika kejadian, 18 orang termasuk seorang guru dan dua jurulatih dari Penang Forward Sports Club sedang menjalani latihan mendayung untuk perlumbaan perahu naga yang dijadualkan pada pertengahan tahun ini.


SEORANG ahli keluarga mangsa yang terkorban tidak dapat mengawal kesedihan selepas dimaklumkan mengenai kejadian perahu naga terbalik semalam.

"Perahu itu dipercayai telah dipukul ombak beberapa kali sebelum itu tetapi berjaya dikawal. Namun, ombak yang datang selepas itu agak kuat menyebabkan perahu tersebut melanggar tongkang yang berada di kawasan berdekatan lalu terbalik.

"Kesemua yang berada di atas perahu tercampak ke laut manakala 12 daripada mereka berjaya menyelamatkan diri dengan berenang sendiri ke tepi pantai yang jaraknya kira-kira 100 meter dari tempat kejadian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: