SIKAP berdiam diri bukan lagi jalan terbaik bagi pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad, 31, menghadapi segala kemelut kisah percintaannya.
Tindakan mengemukakan notis tuntutan dalam tempoh tujuh hari terhadap bekas kekasihnya, penyampai radio Suria FM, Linda Onn, merupakan jalan terakhir bagi Fahrin membersihkan semula namanya dari persepsi negatif masyarakat.
Dakwaan kononnya dia seorang yang panas baran dan kaki pukul dalam satu kenyataan Linda baru-baru ini merupakan tamparan hebat kepadanya sehingga dia terpaksa mengambil keputusan yang agak sukar itu.
"Keputusan ini sangat berat. Saya ambil masa yang agak panjang untuk membawa perkara ini ke mahkamah. Saya lebih suka berdiam diri, namun keadaan tersebut tidak dihargai.
"Apabila keadaan semakin tidak terkawal dan menjejaskan imej dan kredibiliti saya sebagai duta kepada tiga produk terkenal Shell, Celcom dan Garnier, saya rasa tiada jalan lain selain bagi amaran kepada dia (Linda Onn).
Fahrin menzahirkan rasa kesal dengan dakwaan dia seorang lelaki yang panas baran. Pelakon drama TV itu turut mengakui, dia menghadapi tekanan emosi sejak kebelakangan ini kerana dakwaan itu.
"Kesan kenyataan itu sangat besar kepada emosi, kerjaya dan keluarga saya. Bayangkan bagaimana perasaan saya bila orang bertanyakan hal ini kepada ibu saya yang terlantar sakit di hospital?.
"Bagaimana jika saya nak berkahwin dan macam mana tanggapan keluarga perempuan terhadap saya? Bagaimana pula tanggapan produk-produk iklan yang ambil saya sebagai duta? Bagaimana dengan rezeki dan masa depan saya nanti?," ujar Fahrin sambil menahan sebaknya.
Namun Fahrin bersyukur, keluarganya tetap berdiri di belakangnya, memberi sokongan padu.
"Alhamdulilah keluarga saya kuat menerima dugaan ini. Saya tidak berdendam dengan mereka. Kalau boleh saya tidak mahu perkara ini dipanjangkan lagi," ujarnya yang berkali-kali berharap perkara ini tidak dipanjangkan.
Ketika ditanya tentang perkara-perkara buruk seperti yang didakwa dalam kenyataan penyampai radio tersebut, Fahrin berkata dia tidak seperti yang laporkan media dalam kenyataan tersebut.
"Saya sangat kecewa, saya tidak marah dengan mereka tetapi kenapa sampai hati buat saya begini. Kata saya kaki pukul, panas baran...., saya tidak macam itu," ujar pengacara Sehati Berdansa ini.
Dia turut memberitahu bahawa keburukan-keburukan yang diceritakan oleh bekas-bekas kekasihnya itu telah mengaibkan dirinya.
"Percintaan bersama Linda dan Scha Al-Yahya adalah dua percintaan yang berbeza. Jalan ceritanya juga berbeza tapi bila mereka sudah berkawan baik, mereka bercerita tentang keburukan saya. Cuba suruh mereka cari 10 kebaikan saya, mesti ada.
"Tapi saya tetap berbangga berkawan dengan mereka dan kerjaya mereka yang semakin meningkat," katanya.
Dalam pada itu, Fahrin turut mengakui serik untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mereka di kalangan selebriti setelah melalui hal-hal sebegini.
"Mula-mula dulu saya anggap ini adalah jodoh. Tapi setelah apa yang saya lalui dan apa yang telah ditunjukkan tuhan, mungkin lepas ini bukan dengan rakan artis lagi," ujarnya mengakhiri perbualan.
nampak sangat panas baran..pasal hal ini pun nak main saman2!
ReplyDeleteDulu aku ingat lagi masa Fiza Elite syok kat dia 1 muka surat utusan dia malukan Fiza seolah2 Fiza terhegeh2 kat dia tapi hari ni Fiza Elite boleh tersenyum....
ReplyDeletedah memang confirm kaki pukul pompuan pun...takkan dua pompuan boleh confirmkan benda yang sama...memang sahlah...takyah nak sembunyi2 lagi.. lagi satu, dari yang kita tengok selama ini dia nie memang panas baran pun... pergi saman-saman nie pun sah menampakkan kepanasan baranan dia tu!!!
ReplyDeletenan nangis konon...jenis species tiger wood malaya..dah kawin mau nyer dikebas harta linda oii
ReplyDeletex baik ckp dia mcm tu.knp ms scha ckp fahrin seorang yg baik,lindung dia,smyg x tggl.klu korg x pecaye cube korg tgk tgk AC disini ms tu scha ckp yg baik2.so skang kt x pyh nk tduh fahrin ni jahat kt tggu dan lihat jelah.
ReplyDeleteaku rasa fahrin x der la kaki pukul.. tapi kaki control ke arah yg kebaikan. contoh semayang n lain2 ler.. ala.. aku dulu pernah kene gak ngan awek, x pasal2 kata aku kaki pukul. haha. biorkan jer laaa.
ReplyDeletedah dua pompuan cakap dia kaki pukul....dah lah tu...reaksi dia pun melampau! kalau tak betul, dia patut sekadar buat press conference cukuplah..ini nak main-main saman lak...nampak sangat tak matang!
ReplyDeletesebnarnya farin tak silap kt mana2pun. dia ok, smua kwan2 tau. dia bukan sperti apa yg diperkatakan. cuma silapnya tersilap pilih permpuan yg kebetulan dua2 perangainya sama.tak ble ditegur ke arah kebaikan. sbb tu skang ni dua2 mreka kamceng. pastu pakat2 hentam mamat ni. kesian. tak pe farin, di luar mngkin ramai percaya kan mreka sbb keluarkan knyataan yg sama seolah2 mreka benar tp di mahkamah nnti sgalanya akan trurai.
ReplyDelete