Tuesday, January 26, 2010

Duduk sambil berurut


Supervisor Ogawa World, Aivee bersama salah sebuah set sofa Cozzia dalam majlis pelancaran siri set sofa Cozzia OGAWA bertempat di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.


BAYANGKAN anda dapat berehat di ruang tamu sambil berurut. Pasti segala tekanan yang dialami berkurang. Kini, anda boleh menikmati teknologi berurut yang moden menerusi sofa bertindak sebagai alat urutan. Penghias ruang tamu ini bukan sahaja memberi keselesaan kepada anda sekeluarga tetapi bertindak sebagai alat mengurut yang baik.

Sofa ini menggunakan teknik urutan gaya Shiatsu iaitu tekanan daripada ibu jari. Gaya ini merupakan sistem urutan secara binaan dalaman terbabit dijangka dapat memberikan persaingan.

Ia merehatkan bahagian belakang badan dengan baik dan mengurangkan tekanan angin dalam badan.

Dalam pada itu, struktur kerusi urutan direka khas agar padan dengan tubuh badan manusia dan berupaya menghasilkan urutan yang lebih efektif.

Ia juga menggunakan sistem serta teknik urutan lembut dan rapi sehingga mencapai nikmat urutan menyeluruh.

Teknologi ini juga mempersembahkan mekanisme urut pada bahagian belakang di antara leher dan pinggang. Urutan meramas, ketukan secara perlahan, regangan,

Shiatsu dan menumbuk diguna untuk memberi kelegaan kepada mereka yang duduk di sofa ini.

Selain itu, pengubahsuaian terhadap kelajuan dan kelebaran sistem urutan dapat membantu melegakan otot tegang serta merangsang sistem peredaran darah.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Kelengkapan Rumah Ogawa, Datuk Dr Eddy Sikm set sofa ini disasarkan untuk pelanggan yang mengutamakan perabot yang santai, menenang dan menyegar.

"Produk berkenaan dikongsi bersama sebuah syarikat teknologi urutan berpangkalan di Amerika Syarikat yang menggabungkan keselesaan untuk rumah dan pejabat. Set sofa berkonsepkan urutan ini diperkenalkan buat pertama kali," katanya pada majlis memperkenalkan sofa yang mempunyai kemampuan mengurut, Ogawa- Cozzia.

Ogawa ingin menerapkan amalan kesihatan dengan cara paling santai agar seluruh ahli keluarga dapat bersama merasainya.

Siri Cozzia tampil dengan enam enam gaya berbeza termasuk kerusi sandar, sofa, kerusi urut mewah dan kerusi urut biasa. Ia dijual mengikut rekaan pengguna termasuk jumlah gabungan set, jenis kulit dan warna.

Sementara itu, pengguna boleh memilih sendiri reka bentuk set sofa Cozzia terbabit mengikut penggunaan dan kemampuan.

Pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan set sofa yang memiliki tiga, dua dan satu tempat duduk mengikut pengkhususan rekaan dalam rumah.

Ogawa turut menyediakan sesi hiasan dalaman secara percuma mengenai kedudukan sofa Cozzia berkenaan di dalam rumah.

Dalam pada itu, satu pameran Konsep Perabot Kesihatan dan Kecergasan Cozzia oleh Ogawa diadakan di pusat beli-belah 1 Utama (New Wing), sehingga 25 Januari ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: