Monday, January 18, 2010

Ali dihukum gantung kali keempat


GAMBAR menunjukkan seorang penduduk Kurdis meletakkan jambangan bunga di monumen peringatan kematian mangsa serangan gas semasa pemerintahan Saddam di Halabja, Iraq semalam.




BAGHDAD - Ali Hassan al-Majid atau lebih dikenali dengan panggilan Ali Kimia (gambar) didapati bersalah kerana jenayah kemanusiaan semalam dan menerima hukuman mati kali keempat kerana pembabitannya dalam satu serangan gas beracun terhadap orang awam.

Berita berhubung hukuman mati terhadap Ali, yang merupakan sepupu bekas presiden Iraq Saddam Hussein disambut dengan gembira di Iraq.

Dia merupakan antara segelintir orang kanan Saddam yang masih dibicarakan kerana pelbagai jenayah kemanusiaan yang dilakukan semasa pemerintahan pemimpin tersebut.

Keluarga-keluarga mangsa di sebuah mahkamah di sini bersorak apabila hakim membacakan keputusan bersalah terhadap Ali Kimia berhubung perbicaraan serangan beracun di Habalaja iaitu sebuah bandar etnik Kurdish pada 1988, yang membunuh 5,600 orang.

"Saya amat gembira hari ini," kata seorang wanita Kurdish, Nazik Tawfiq, 45.

Dia kehilangan enam saudara-maranya dalam serangan kejam itu.

"Kini roh saudara-mara saya boleh bersemadi dengan aman," tambahnya.

Sebelum ini, Ali Kimia telah menerima tiga hukuman mati kerana pelbagai kekejaman terhadap etnik Syiah dan Kurdish antara tahun 1980-an hingga 1990-an.

Selain Ali Kimia, beberapa pegawai kanan Saddam dihukum penjara termasuk bekas pengarah perisikan tentera, Sabir Azizi al-Douri dan bekas Menteri Pertahanan Iraq, Sultan Hashim al-Taie yang berdepan hukuman penjara 15 tahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: