Friday, August 7, 2009

Tradisi campak kanak-kanak


SEORANG lelaki mencampakkan kanak-kanak dari bumbung sebuah bangunan di Kampung Harangal, India.



KAMPUNG HARANGAL, India - Beberapa kanak-kanak yang berumur dua tahun di sini dicampakkan dari bumbung sebuah bangunan setinggi 15 meter, lapor sebuah akhbar semalam.

Kanak-kanak itu akan disambut oleh orang ramai dengan menggunakan kain cadar selepas dia dicampakkan dari bumbung tersebut.

Jeritan kanak-kanak itu boleh didengari semasa dia jatuh selepas dicampak oleh seseorang di atas bumbung.


SEKUMPULAN orang menyambut kanak-kanak yang jatuh.


Amalan tradisi itu diamalkan sejak 700 tahun lalu oleh penduduk di kampung tersebut dengan kepercayaan ia mampu membawa kesihatan yang baik dan kemakmuran dalam keluarga.

Beberapa pegawai kerajaan menyatakan tidak ada kecederaan dilaporkan berhubung amalan itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: