
Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) memberi tempoh sehingga tiga bulan bermula semalam kepada pemilik kenderaan berat seperti bas atau lori yang kini menggunakan tayar salji atau toreh supaya menukarnya kepada tayar biasa.
Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh berkata, kegagalan pemilik kenderaan terbabit berbuat demikian akan menyebabkan kenderaan terbabit tidak lulus pemeriksaan rutin Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan tidak layak berada di jalan raya.
Menurut beliau, penggunaan tayar salji sama ada baru atau terpakai perlu dihapuskan kerana ia tidak sesuai digunakan di negara ini atas faktor fizikal tayar dan cuaca.
"Tayar salji sebenarnya dibuat khusus untuk penggunaan ketika musim sejuk dan bunganya berbeza serta kurang cengkaman dan tidak sesuai digunakan pada cuaca negara kita yang panas kerana tayar itu tidak tahan tekanan serta boleh meletup pada bila-bila masa," katanya selepas merasmikan kempen advokasi Tayar Salji Tidak Sesuai Untuk Jalan Raya Malaysia di Puspakom, Wangsa Maju di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: