"Kalau boleh memang Siti nak ada saluran sendiri tapi takut nanti orang kata syok sendiri. "Bila ada saluran untuk Siti ketengahkan kerjaya dan nama Siti, secara tak langsung dapat dekatkan diri dengan peminat," demikian luah Datuk Siti Nurhaliza ketika ditemui di Astro mempromosikan Saluran Dedikasi Istimewa dari Astro sempena Hari Kemerdekaan.
Impian Siti bagaimanapun bakal terlaksana selama dua hari di saluran Astro sempena Hari Kemerdekaan yang ke-52 istimewa buat pelanggan Astro serta peminat setia Siti Nurhaliza dengan mempersembahkan saluran SITI (saluran 188).
"Saluran percuma ini sebagai medium untuk kami mengucapkan terima kasih kepada pelanggan sedia ada yang masih setia dengan Astro.
"Pemilihan Konsert Satu Datuk Siti Nurhaliza ini bertepatan dengan Kempen Negaraku, The Best of 1Malaysia yang dianjurkan, kami ingin meneruskan hasrat memaparkan program-program yang menceritakan kejayaan individu dalam mengharumkan nama dan sejarah negara.
"Apa yang menarik, konsert ini belum pernah ditayangkan di mana-mana medium dan untuk pertama kalinya ia akan disiarkan di saluran 188 Astro," ujar Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.
Saluran SITI bakal menyiarkan rakaman Konsert SATU Datuk Siti Nurhaliza yang telah diadakan di Istana Budaya pada Jun baru-baru ini. Konsert ini bakal ditayangkan bermula 30 Ogos pada jam 8.00 malam dan berterusan sehingga 31 Ogos 2009. Ia bakal diselang selikan dengan muzik video Siti Nurhaliza dan Konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour.
Bagi peminat yang tidak berpeluang menontonnya, boleh mendapatkan DVD Konsert SATU yang akan dipasarkan tidak lama lagi. |
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: