|
"Untuk itu kami akan saling memahami apa kehendak setiap anggota dan sentiasa mengadakan perbincangan secara baik," kata pemain gitar kumpulan itu, Yudi. Mereka sedar apabila berlaku pertukaran anggota, sesebuah kumpulan dilihat tidak kukuh dan ia juga boleh membantutkan usaha untuk meningkatkan populariti. "Namun perpisahan dengan Doni tidak dapat dielakkan kerana muzik yang kami bawakan sekarang tidak cocok dengan jiwa Doni. Dia sendiri yang mengambil keputusan berundur kerana tidak dapat menjiwai muzik baru kami. "Dulu kami bermula sebagai band underground, apabila ingin ke mainstream, kami sepakat untuk menukar sedikit corak muzik kami," sambung Yudi. Kini lagu baru mereka bersama Ifan, Selalu Mengalah dan Untuk Mencintaimu sedang hangat dan turut diterima oleh peminat Malaysia. Album yang dipasarkan awal tahun lalu di Indonesia itu baru mendapat tempat di negara ini. "Saya serasi dengan muzik yang diperjuangkan sekarang dan saya tiada sebarang masalah walaupun menjadi anggota baru dalam kumpulan," kata Ifan. |
Tuesday, August 4, 2009
Seventeen tak mahu berpecah lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kumpulan Seventeen yang ditubuhkan di Yogyakarta, Indonesia semasa berusia 17 tahun pernah mengalami perpecahan apabila penyanyi utamanya, Doni meninggalkan kumpulan itu. Kini mereka ada penyanyi baru, Ifan namanya. Mereka kini berazam untuk memastikan tidak lagi berlaku perpecahan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: