Friday, August 7, 2009

Ramalan hari jadi Kajol

Kajol (tengah) dalam satu babak filem 'Kuch Kuch Hota Hai'.

SELEBRITI serba boleh Kajol menyambut hari jadinya pada 5 Ogos ini dan ahli nujum numerologi Bhavikk Sangghvi telah membuat ramalan tentang untung nasibnya pada hari-hari mendatang.

Dilahirkan pada 5 Ogos 1975, Kajol 'dikawal' oleh Mercury kerana tarikh hari jadinya jatuh pada 5 haribulan.

Selain berzodiak Leo, Kajol mempunyai pengaruh No. 1 (Sun-Leo) dan jumlah nombor dalam hari jadi tersebut ialah No. 8, menurut pengiraan tertentu.

No. 8 dikawal oleh Saturn.

"Kajol akan memasuki hari jadi ke-35 yang menandakan dia bakal menghadapi masalah kesihatan terutama berkaitan dengan jantung.

"Lain-lain masalah termasuk insomnia, sakit tulang belakang dan kaki. Tahun 2009 jika dijumlahkan nombor-nombornya menjadi No. 2 yang merupakan nombor paling 'lemah' untuknya.

"Oleh itu, dia akan hilang rentak untuk lima bulan akan datang," telah Bhavikk.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: