Sunday, August 2, 2009

PM Rusia pamer aksi 'stunt'


VLADIMIR PUTIN melambai tangan sebelum memasuki kapal selam mini Mir-1 di Tasik Baikal, Siberia semalam.


DALAM aksi 'stunt' yang jarang dilihat, Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin meneroka sehingga 1,400 meter ke dasar Tasik Baikal di Siberia semalam.

Putin yang merupakan bekas presiden Rusia menonjolkan keberaniannya menyelam dengan menaiki sebuah kapal selam mini, Mir-1.

"Selaman ini berlangsung dengan sempurna. Saya dapat melihat pemandangan sekitar begitu jelas dengan bantuan lampu," kata Putin menerusi radio ketika berada di dasar tasik paling dalam di dunia itu.

Bagaimanapun, pemimpin berusia 56 tahun itu melahirkan perasaan terkejut berhubung keadaan air tasik yang keruh.

"Dari sudut ekologi, keadaan air adalah bersih tetapi saya melihatnya keruh dan penuh dengan plankton," tambahnya.

Mir-1 merupakan kapal selam mini yang mencatat rekod dunia selaman paling dalam di Tasik Baikal apabila ia menyelam pada kedalaman 1,680 meter pada 2008.

Putin yang mahir dalam seni mempertahankan diri Judo kerap melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti lasak dan mencabar sejak beberapa tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: