Tuesday, August 4, 2009

Peserta kem bina semangat hilang


Pintu masuk ke Taman Rekreasi Guar, Manong di Kuala Kangsar, lokasi di mana Siti Nor Aishah didapati hilang Ahad lalu.






Siti Nor Aishah



HASSIM


KUALA KANGSAR - Kegembiraan 82 pelajar Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa (Twintech), Sri Damansara, Kuala Lumpur menyertai kem bina semangat di Taman Rekreasi Guar, Manong dekat sini berakhir dengan seorang peserta hilang.

Siti Nor Aishah Hassim, 19, pelajar semester pertama jurusan kejururawatan dikesan hilang ketika dia menjalani Ujian Semangat bersama 81 peserta lain di taman itu pukul 2.30 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Pemangku Supritendan Abdul Gaffar Muhammad berkata, sebelum hilang, mangsa bersama peserta lain dilepaskan selang seminit seorang bagi meredah hutan sejauh 200 meter yang sepatutnya memakan masa 20 minit berjalan kaki sebelum sampai ke check point yang ditetapkan.

Bagaimanapun menurut beliau, selepas beberapa jam mangsa tidak muncul-muncul ke check point menyebabkan urus setia kolej itu melancarkan gerakan mencari hampir 12 jam tetapi gagal.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: