Friday, August 21, 2009

Perokok tanam sendiri daun tembakau


SCOTT BYARS memetik daun tembakau yang
ditanam di laman rumahnya di Corinth,
Mississippi baru-baru ini.


RICHMOND - Akibat tidak tahan dengan kenaikan harga rokok yang terlalu tinggi, Scott Byars bertindak menanam pokok tembakau bagi kegunaan peribadinya.

Fenomena menanam pokok tersebut bermula pada April lalu berikutan kenaikan cukai yang dikenakan ke atas rokok sebanyak AS$0.62 (RM2.18) kepada AS$1.01 (RM3.56) sebungkus.

Byars yang tinggal di negeri Mississippi berkata, beliau terpaksa membayar AS$5 (RM17.60) untuk lima bungkus curut dan AS$3 (RM10.50) untuk satu tin rokok tetapi sebungkus benih pokok tembakau hanya AS$9 (RM31.70).

"Saya tidak perlu pergi ke kedai untuk membeli tembakau lagi, tetapi kini saya mampu menghasilkan bekalan tembakau sendiri yang cukup untuk setahun," kata Byars.

Kebanyakan perokok menggunakan pokok tembakau daripada jenis Virginia Gold, Goose Creek Red, Yellow Twist Bud dan lain-lain lagi.

Menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) di Amerika Syarikat, menanam pokok tembakau dibenarkan selagi ia tidak dijual atau didagangkan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: