Wednesday, August 12, 2009

Penyeludup rempuh anggota UPP


Zakaria (dua dari kiri) menunjukkan minyak masak yang dirampas dalam kejadian anggota UPP cuba dirempuh penyeludup di Padang Besar, Perlis semalam.


PADANG BESAR - Terdesak dengan kawalan ketat pihak berkuasa di kawasan sempadan, sebuah kenderaan pikap dari negara jiran cuba bertindak ganas merempuh empat anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Padang Besar yang sedang melakukan rondaan di Kampung Melayu di sini malam kelmarin.

Empat anggota UPP itu bagaimanapun terselamat dan cuma mengalami cedera ringan selepas berjaya mengelak rempuhan pikap berkenaan.

Komander UPP Perlis, Deputi Supritendan Zakaria Abd. Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, anggota terbabit mulanya ternampak sebuah pikap yang mempunyai nombor pendaftaran Thailand berada dalam keadaan mencurigakan.

"Mereka yang melakukan rondaan bermotosikal itu kemudian cuba menghampiri kenderaan tersebut untuk diperiksa tetapi tiba-tiba pikap itu bergerak dan cuba merempuh sebelum menghilangkan diri.

"Kesemua anggota tersebut bernasib baik sempat menggelak dan tercampak ke kanan dan kiri jalan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: