Sunday, August 16, 2009

Pendamping baru Tyra Banks




GADIS dengan bentuk badan yang menggiurkan ini bukan berasal daripada keluarga seni. Dia juga tidak pernah memasuki sebarang pertandingan bakat. Kim Kardashian, 28, popular dalam industri televisyen hanya kerana tuah.

Ayahnya, Robert Kardashian merupakan bekas peguam terkenal. Kecekapan Robert sebagai peguam bela dalam kes bunuh pemain bola sepak Amerika yang juga sahabat karibnya, O.J Simpson, telah membuatkan nama keluarga ini naik sepantas kilat.

Kim adalah anak gadis yang paling cantik daripada tiga beradik perempuan. Tumpuan terhadapnya telah mencetuskan sebuah program realiti televisyen, Keeping Up With The Kardashians yang kini memasuki musim ketiga. Ia disiarkan di saluran E! (712) pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

“Percaya atau tidak, menjadi terkenal bukan sehebat yang dilihat. Saya rasa semakin payah kini dengan perhatian pihak media. Mereka kadangkala boleh menjadi jahat dan kejam,” ujar Kim.

Kini selain kisah kehidupan sehariannya bersama keluarga terutama adik-beradiknya, Khloe dan Kourtney dipertontonkan kepada umum, Kim terus menjadi tumpuan berikutan perpisahannya dengan Reggie Bush, pemain ragbi profesional.

Khabar angin menyatakan penyanyi rap, Kanye West menjadi punca percintaan selama dua tahun itu berakhir.

Sebelum patah hati dengan Reggie, Kim pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit, Damon Thomas dan mempunyai rakaman porno dengan bekas teman lelakinya, penyanyi Ray J.

Untuk tahun 2009, Kim sudah merangka muncul dengan minyak wangi jenama sendiri, selain telah dipanggil sebagai hakim jemputan untuk bergandingan dengan Tyra Banks dan Nigel Barker untuk program realiti model tersohor, America’s Next Top Model musim ke-13.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: