Saturday, August 22, 2009

Pencarian Hot FM Lagu 1Malaysia Kita

Hot FM kini sedang rancak dengan kempen pencarian lagu yang bercirikan semangat serta keharmonian seiring dengan laungan kempen 1Malaysia yang menjadi hasrat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Semua bermula apabila Fara pergi menonton perlawanan Manchester United dan Malaysia dan lagu kebangsaan yang dimainkan adalah lagu lama walaupun kita telah pun menuju ke alaf yang baru. Oleh itu, keesokannya Fara dan Faizal Tahir mencabar rakyat Malaysia menghasilkan lagu bertemakan keharmonian bersesuaian dengan generasi baru,” jelas Ahmad Izham Omar, Ketua Rangkaian Media Prima mengenai tercetusnya idea berkenaan.


Kempen yang turut mendapat sokongan Jabatan Perdana Menteri khususnya Perdana Menteri ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dan terdapat lebih daripada 300 penyertaan diterima. Walau bagaimanapun, hanya 10 lagu terbaik daripada segi kualiti dan mempunyai visi 1Malaysia dipilih dan akan diperdengarkan setiap hari di saluran Hot FM.

“Kami mahu lagu yang moden tapi masih boleh dinyanyikan sewatku di perhimpunan sekolah.

“Walaupun ada penglibatan professional seperti artis popular dan penulis lirik namun pendengar lebih bijak memilih kerana ini bukannya pertandingan menentukan kehebatan artis, sebaliknya lebih kepada pemilihan lagu kebangsaan yang bakal kita nyanyikan bersama-sama kelak,” ujarnya mengenai kriteria yang diperlukan dalam lagu 1Malaysia.


Xpax bertindak sebagai penaja utama hadiah iaitu sebanyak RM25,000 dan lagu yang terpilih akan menjadi milik masyarakat Malaysia.

Antara finalis yang bakal berentap dalam kempen lagu 1Malaysia ini adalah Aubrey Suwito, Siti Nurhaliza, Jac, Shazzy,Audi Mok dan ramai lagi.

Pendengar boleh mengundi secara online dengan melayari www.hotfm.com.my dan tarikh tamat adalah pada 26 Ogos 2009. Keputusan rasmi akan diumumkan pada 31 Ogos 2009 sempena kemerdekaan,

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: