Saturday, August 22, 2009

Pelajar Nigeria mengaku tidak bersalah miliki wang palsu


KERATAN Kosmo! 16 Ogos lalu.


SEREMBAN - Seorang pelajar lelaki warga Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas dakwaan memiliki wang kertas ringgit Malaysia dan dolar Amerika Syarikat palsu di sebuah hotel di Nilai dekat sini pada Sabtu lepas.

Anere Possible Ifeanyi, 20, didakwa memiliki 5,370 keping wang kertas RM50 palsu dan 604 keping wang kertas RM100 palsu serta 38 keping wang kertas dolar Amerika 100 palsu di Hotel Nilai pada pukul 2 pagi 15 Ogos lepas.

Dia yang belajar di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur didakwa mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Azlina Hashim membenarkan pelajar itu dibebaskan dengan ikat jamin RM6,500 dengan seorang penjamin tempatan manakala pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 30 September sebagai tarikh perbicaraan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: