Friday, August 7, 2009

Pamer tanda harga sebelum 31 Ogos


LIAN HOE (tiga kanan) memeriksa tanda harga sempena Kempen Tanda Harga di Pasar Borong Selangor semalam.


Jika gagal, mereka bakal berhadapan dengan tindakan tegas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Timbalan Menteri KPDNKK, Datuk Tan Lian Hoe berkata, bermula bulan lalu pihaknya menjalankan Kempen Tanda Harga dengan melibatkan dua fasa.

"Fasa pertama bermula 27 Julai lalu hingga 16 Ogos ini di mana khidmat nasihat akan diberikan kepada para peniaga mengenai keperluan mempamer tanda harga barangan kawalan.

"Fasa kedua pada 17 hingga 31 Ogos pula diikuti dengan surat amaran kepada peniaga yang ingkar," katanya pada sidang akhbar sempena Kempen Tanda Harga 2009 di sini semalam.

Lian Hoe berkata, sekiranya masih ada peniaga yang gagal mempamer tanda harga selepas tamat kedua-dua fasa tersebut, denda dan kompaun akan dikeluarkan terhadap mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: