Thursday, August 13, 2009

Nelly Furtado bosan hasilkan lagu Inggeris

Penyanyi terkenal dari Kanada, Nelly Furtado mahu beralih angin dengan menghasilkan lagu-lagu Latin.

PENYANYI terkenal Canada, Nelly Furtado berkata beliau sudah jemu menghasilkan lagu dalam bahasa Inggeris selama 10 tahun dan kini mahu beralih arah dengan menghasilkan lagu dalam bahasa Latin.

Menurut sebuah laman web, Nelly tidak lagi berminat menghasilkan lagu Inggeris dan sudah mula menghasilkan lagu sepanyol dalam album terbarunya 'Mi Plan'.

Beliau mempelajari bahasa Sepanyol ketika berusia 14 tahun.

Menurut ibu-bapanya yang berasal dari Portugal, Nelly lebih gemar menyanyikan lagu dalam bahasa sepanyol dan portugal.

"Saya memang lebih suka menyanyi lagu portugal dan sepanyol, kerana kedua-duanya adalah bahasa latin.

"Menyanyi dalam kedua bahasa itu dapat menzahirkan perasan saya dengan lebih sempurna, supaya kesanya kepada penonton lebih mendalam.

"Selepas 10 tahun membuat rakaman dalam bahasa Inggeris, saya rasa sudah cukuplah dan tiba masa untuk membuat sesuatu yang baru," kata Nelly Furtado.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: