![]() |
| Penelope Cruz |
PENELOPE Cruz tetap menghadiri pertunjukan Broken Embraces di Somerset House, London walaupun beg pakaiannya hilang semasa dalam perjalanan menuju ke tempat berkenaan.
Keadaan itu juga menyebabkan bintang Sepanyol ini mengenakan sut Bottega Veneta tahun 70-an warna merah terang dan tidak menepati kod pakaian rasmi majlis itu.
"Kesemua barangan bintang cantik itu hilang semasa menaiki kapal terbang menuju ke London. Hanya pakaian itu sahaja yang ada walaupun seharusnya dia memakai gaun panjang.
"Kita kesal dengan kejadian itu. Penelope terpaksa memakai pakaian berkenaan walaupun menjadi perhatian orang ramai," kata pembantu peribadinya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: