Wednesday, August 12, 2009

Mischa Barton menangis tidak tentu pasal

Mischa Barton.

BEBERAPA hari setelah meninggalkan wad psikiatrik, aktres jelita Mischa Barton terus menerpa set pengambaran TV.

Aktres yang selalu dirundung masalah itu kelihatan begitu riang di kelililingi rakan-rakan kerjanya.

Dengan baju pendek berwarna keemasan dan rambut panjang mengurai dibiarkan melepasi bahu, Mischa yang berusia 23 tahun itu kelihatan seperti orang normal dengan tidak ada masalah mental.

Cara dia berinteraksi dan berlawak di lokasi set 'The Beautiful Life in New York' juga seperti tidak ada apa yang berlaku.

Seimbas pandang, seolah-olah Mischa sudah pulih seperti sediakala. Sebenarnya semua itu hanyalah lakonan semata. Mischa terpaksa melakonkan watak supermodel dalam siri TV itu.

Sejurus setelah dia dibebaskan dari ward psikiatrik di Los Angeles Cedars-Sinai Medical Centre di mana dia telah ditahan tiga hari kerana lebihan pengambilan dadah, Mischa memaksa dirinya untuk balik 'bekerja'.

Namun kawan rapatnya berkata, Mischa belum pulih lagi.

"Mischa akan bertambah teruk lagi, percayalah. Terlalu awal untuk dia balik bekerja," kata kawannya itu.

Jelas temannya, "Mischa akan alami 'breakdown'....percayalah. Dan kali ini, keadaannya akan jadi lebih teruk.

"Dia menangis tidak tentu pasal..."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: