
BEJI, Indonesia - "Nama saya Noordin M Top.''
Itulah suara terakhir seorang lelaki dipercayai ketua pengganas paling dikehendaki di Asia Tenggara, Noordin Mohammad Top dalam rumah yang menjadi tempat persembunyiannya di tengah sawah dekat Temanggung, Jawa Tengah sebelum ia dihujani peluru dalam serangan polis bermula 4.30 petang (5.30 petang waktu Malaysia) kelmarin.
Rumah itu terus dikepung dengan polis melepaskan tembakan serta diikuti letupan bom sehingga pukul 5 pagi semalam.
Pasukan antipengganas Densus 88 Indonesia yang dalam siri menjejaki rangkaian Jemaah Islamiyah (JI) diketuai Noordin, sudah mengesan lokasi suspek selepas menahan dua pembantunya yang juga adik-beradik, Aris dan Hendra di sebuah bengkel basikal dekat tempat kejadian.
Serentak dengan itu, seramai 50 anggota skuad elit itu mengepung rumah berkenaan selama 16 jam dengan dibantu kereta perisai.




No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: