Friday, August 14, 2009

Miller perkenal kekasih terbaru




LONDON - Aktres Sienna Miller (gambar) membawa teman lelaki terbarunya, George 'Slinky Wizard' Barker iaitu seorang deejay untuk diperkenalkan kepada keluarganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia mengundang Barker menghadiri parti hari jadi ke-50 ibu tirinya, Kelly Hoppen di Ibiza, Sepanyol baru-baru ini.

"Miller dan saudara perempuannya, Natasha mengatur satu parti mengejut untuk Hoppen dan dia mengambil peluang itu untuk memperkenalkan Barker tanpa majlis formal," kata satu sumber.

Walaupun diserang perasaan gemuruh, Barker menerima restu wanita itu untuk terus menjalin hubungan dengan Miller.

Aktres tersebut yang kini giat mempromosi filem terbarunya, GI Joe berkenalan dengan Barker pada awal tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: