Wednesday, August 12, 2009

Mercedes-Benz catat jualan kukuh


MERCEDES-BENZ C-CLASS.





KUALA LUMPUR - Mercedes-Benz Malaysia Sdn. Bhd. (Mercedes-Benz Malaysia), mencatat jualan sebanyak 1,869 unit kereta penumpang bagi separuh pertama tahun ini berbanding 1,912 unit kereta tempoh yang sama tahun lalu.

Menurut Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Kereta Penumpang, Mercedes- Benz Malaysia, Florian Mueller (gambar), meskipun statistik itu menurun tetapi ia tetap mendahului segmen kereta penumpang premium di negara ini.

"Sungguhpun terdapat penurunan kecil dalam jualan keseluruhan dalam tempoh berkenaan, tetapi jualan kami amat menggalakkan dan ini telah meletakkan Mercedes- Benz Malaysia berada dalam kedudukan yang baik untuk mencapai sasaran pada tahun ini," katanya pada taklimat media mengenai prestasi jualan bagi separuh pertama Mercedes-Benz Malaysia sehingga bulan Jun tahun ini di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: