KAWAN karib Michael Jackson, Mark Lester membuat satu lagi kejutan apabila mengaku beliau telah secara senyap-senyap pernah mendermakan spermanya untuk membantu Michael memiliki anak.
Mark Lester, 51, memberitahu bahawa dia yakin dialah ayah kepada Paris, 11, apabila mendapati banyak persamaan yang ada pada Paris dan anak perempuannya Harriet, 15.
Pelakon filem 'Oliver' itu bertegas akan membuat ujian untuk mengesahkan dakwaanya itu.
"Sudah lama rahsia ini disimpan. Pada tahun 1996, Michael pernah bertanya kepada saya adakah saya sanggup untuk menderma sperma saya dan saya jawab ya.
"Ia merupakan hadiah saya kepadanya, tiada wang yang dibayar. Ini merupakan satu penghargaan kepada saya kerana ketika itu Michael ingin memiliki seorang anak," katanya.
Kata Mark dia mendedahkan perkara itu kerana takut dia akan diketepikan dalam hidup anak-anak Michael.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: