|
Konsert tersebut sememangnya berbeza dengan konsert-konsert Jamal sebelum ini kerana elemen teater muzikal yang mengisahkan perjalanan seni dan juga kehidupan peribadi Jamal akan dibawa ke atas pentas. Jamal sendiri yang melakonkan watak dirinya zaman kanak-kanak, alam remaja di kampung dan minatnya dalam seni sehingga akhirnya bergelar Juara Bintang RTM 1979. Kisah itu dimuatkan dalam segmen pertama persembahan yang dibawakan oleh syarikat miliknya sendiri. Persembahan tersebut menghimpunkan 23 buah lagu termasuk lagu popularnya dan lagu-lagu yang pernah bermain di bibirnya sebelum dia sendiri dapat peluang menjadi artis rakaman. Pastinya banyak lagu nostalgia peminat yang menjadi pilihan Jamal. Tiket-tiket berharga RM75 hingga RM300 bagi menyaksikan persembahan masih dibuka. Difahamkan konsert pada Sabtu ini sudah habis ditempah. Kepada yang berminat boleh menghubungi talian 03-41498600 atau layari laman web www.ticket2u.biz.
|
Thursday, August 6, 2009
Konsert Kembara Jamal malam ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Konsert Jamal Abdillah yang dinamakan Jamal... Kembara Seniman di Istana Budaya, Kuala Lumpur akan bermula malam ini. Konsert tersebut akan berakhir pada 9 Ogos depan.
"Saya menjanjikan sebuah persembahan terbaik untuk peminat dan segmen teater pastinya sesuatu yang saya tidak pernah muatkan dalam mana-mana konsert terdahulu," kata Jamal.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: