Monday, August 24, 2009

Kartika dibebaskan, 'hukuman sebat ditangguhkan sementara'

DIBEBASKAN....Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, melambaikan tangan kepada keluarganya ketika dia di bawa oleh pegawai jabatan agama untuk menjalani hukuman sebat kerana kesalahan meminum arak. Bagaimanapun, dia dibebaskan 30 minit kemudian apabila pegawai jabatan agama yang membawanya, menghantar Kartika pulang ke kampung halamannya di Sg Siput. Mereka memberi alasan hukuman sebat tidak dapat dijalankan buat masa ini.

SUNGAI SIPUT: Model Kartika Sari Dewi Shukarno yang dijadulkan untuk menjalani hukuman sebat kerana meminum arak telah dibebaskan.

Tiga pegawai dari jabatan agama datang ke rumahnya di Sungai Siput hari ini dan membawanya dalam van. Bagaimanapun menurut ayah Kartika, Shukarno Abdul Mutallib, 30 minit selepas itu Kartika dihantar pulang selepas pegawai tersebut meneriman arahan daripada 'pihak atasan' untuk membebaskanya.

Pegawai dari jabatan agama tersebut mengatakan buat masa ini hukuman tersebut tidak boleh dijalankan.

Sebelum ini Kartika, 32, dikatakan akan menjalani hukaman sebat keatasnya minggu ini tetapi tiada tarikh yang telah ditetapkan.

Badan bebas antarabangsa, Amnesty International mengecam tindakan tersebut kerana ia akan menjejaskan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang sederhana.

Belum ada pengesahan sama ada Kartika akan dipenjarakan semula sebelum hukaman sebatan tersebut dijalankan.

Menurut seorang pegawai dari Jabatan Islam tersebut, Badaruddin Ahmad Bustami, pegawai dari penjara enggan menerima Kartika atas sebab-sebab yang tidak diberitahu.

"Kami tidak tahu apa yang patut dilakukan. Kami akan berbincang dengan mahkamah Syariah berhubung perkara ini sama ada hukuman tersebut telah ditarik balik," kata Badaruddin kepada Associated Press.

Pegawai dari jabatan penjara tersebut gagal dihubungi.

Shukarno berkata mereka akan membuat laporan polis selepas ini berhubung dengan pembebasan anaknya itu.

Jelasnya dia sendiri tidak faham tentang apa yang berlaku dan bimbang sekiranya pegawai polis akan menuduh anaknya melarikan diri daripada hukuman tersebut.

Sebelum ini Kartika ditangkap dalam satu serbuan yang di buat di sebuah hotel dan didapati bersalah kerana meminum arak.

Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman tersebut pada Julai lepas.

Beliau tidak membuat rayuan sebaliknya mengatakan akur dengan keputusan tersebut. Ketika keluar dari rumahnya Kartika mengelak daripada memberi sebarang komen kepada media.

1 comment:

  1. good for you.... makhamah syariah tak perikemanusiaan!

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: