LONDON - Seorang jutawan menyaman bekas isterinya sehingga £300,000 (RM1.72 juta) selepas mengetahui dua kanak-kanak yang hidup bersamanya bukan anak mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Wang ganti rugi yang dituntut itu merupakan kos untuk membesarkan dua kanak-kanak berkenaan.
Jutawan itu bertindak menyaman selepas bekas isterinya mengaku kanak-kanak tersebut bukan anak mereka tetapi hasil daripada hubungan sulit dengan lelaki lain.
Ahli perniagaan dari sebuah firma tekstil di North Yorkshire itu menuduh jandanya sebagai curang dalam satu writ kepada sebuah mahkamah tinggi di sini.
Wanita itu didakwa berkonspirasi untuk menipu suami sepanjang 14 tahun perkahwinan mereka.
Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) membuktikan jutawan itu bukan bapa kepada dua daripada tiga anak mereka.
|
|
Lelaki itu yang terkejut dengan hasil ujian itu yakin seorang anak sulungnya ialah anaknya yang sebenarnya.
Dokumen writ mahkamah menunjukkan bapa sebenar kepada dua kanak-kanak itu ialah pelawat yang kerap datang ke kediaman pasangan itu.
Isterinya dipercayai curang selama enam tahun.
Wanita itu akhirnya mengaku mempunyai hubungan dengan lelaki lain pada 1997 ketika pasangan itu bercuti di Perancis menyebabkan mereka bercerai.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: