Saturday, August 22, 2009

Jumpa tulang anak kapal


ANGGOTA forensik membawa dua karung plastik yang mengandungi tulang mangsa kapal tangki MT Formosa Product Brick yang terbakar di Port Dickson semalam.



KERATAN Kosmo! 20 Ogos 2009.


PORT DICKSON - Setelah lima hari hilang dalam kejadian kapal tangki terbakar akibat berlanggar di perairan Selat Melaka, selonggok tulang dan tengkorak dijumpai pasukan penyelamat selepas memasuki kapal tangki minyak MT Formosa Product Brick semalam.

Tulang dan tengkorak yang ditemui itu dipercayai milik dua anak kapal dari Liberia yang masih berada pada jarak 20 batu nautika dari Barat Daya Port Dickson akibat kejadian tersebut.

Dengan penemuan tersebut kini tinggal tujuh lagi lagi anak kapal yang masih belum lagi diketahui nasibnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Port Dickson, Asisten Komisioner Mohd. Zaki Masroh berkata, mayat tersebut dijumpai di dalam sebuah dek di tingkat dua yang menempatkan tempat kabin krew.

"Tulang dan tengkorak yang masih belum diketahui jantina dan identiti itu dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat," katanya.

Menurutnya, haba yang terhasil daripada kebakaran mungkin menjadi punca mayat mangsa hanya tinggal tulang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: