Wednesday, August 12, 2009

Jac: Saya tidak akan 'melalak' lagi dalam album baru

Jaclyn Victor menampilkan album terbarunya 'Jaclyn Victor III' pada sidang akhbar pelancaran album terbarunya.

BAGI para penggemar album Jaclyn Victor 'Gemilang' dan 'Inilah Jac', mereka sudah biasa mendengar vokal dan pitch penyanyi kecil molek itu pada paras tertinggi.

Itulah keistimewaan dan kekuatan suara emas juara Malaysian Idol musim pertama.

Bagaimanapun, mereka mungkin tidak mendapat sentuhan itu lagi menerusi album terbaru Jaclyn iaitu 'Jaclyn Victor III' yang bakal dipasarkan pada 20 Ogos ini.

"Para peminat nak saya melalak, tetapi saya akan mengambil satu langkah ke belakang. Saya akan menurunkan vokal dan pitch saya.

"Saya tidak ingin mendesak diri saya menyanyi sekuat seperti di persembahan 'live'. Saya nak buat nota lagu yang ringka saja.

Pengarah Urusan Sony Music, Adrian Lim mengambil masa lapan bulan untuk mendapatkan material album 'Jaclyn Victor III'.

"Sebaliknya, saya lebih menghayati setiap lirik lagu dalam album terbaru ini," katanya pada sesi pra-dengar album 'Jaclyn Victor III' di pejabat Sony Music Entertainment Malaysia Sdn. Bhd. semalam.

Jaclyn menjelaskan, perubahan ketara yang dimabil itu adalah ekoran lakonannya dalam filem Talentime.

Menurutnya, dia merekodkan album 'Jaclyn Victor III' selepas selesai menjalani penggambaran filem 'Talentime' arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad.

"Jika dulu, bila baca skrip atau buku....saya hanya baca, saya tidak merasainya.

"Selepas arwah Yasmin mengajar saya, saya sudah pandai selami setiap baris lirik sebelum mengeluarkan emosi saya," ujar Jaclyn.

Mengenai lagu-lagu album terbaru, Jaclyn berkata, lirik-liriknya adalah mudah, menarik dan 'straightforward'.

Katanya, album terbaru itu memuatkan lagu-lagu berkonsepkan pop balada.

"Lagu-lagu tersebut mendapat sentuhan hebat dari komposer, penulis lirik dan produser tersohor negara seperti Aubrey Suwito, Sharon Paul dan Nai Kong.

"Selain itu, album Jaclyn itu julung kali mendapat kerjasama dengan produser baru seperti Anjang Jinbara, Gjie 6ixth Sense dan Syed Nitrus," ujar Jaclyn.

Turut menyumbang dalam penghasilan lagu dan susunan lirik untuk Jaclyn Victor ialah komposer hebat dari Indonesia seperti Nur Fatimah dan Panji, serta Boy Razak.

Album 'Jaclyn Victor III' menjanjikan kelainan daripada album terdahulu pemenang Vocal Power Award itu di The Shout! Awards 8TV baru-baru ini.

Ini bermakna album terbaru bukan sahaja memfokus kepada ballad songs, malah turut memuatkan lagu bergenre 'fast song & catchy' seperti 'Jatuh Cinta' & 'Tentangmu'.

Dalam pada itu, Jaclyn turut mendedahkan kekecewaannya kerana dilabel enggan mengaku dirinya sebagai orang India.

Salah faham itu timbul selepas dia dikhabarkan enggan berlakon dalam filem 'Estet' arahan Mamat Khalid.

"Saya tak cakap ya atau tidak semasa mereka menawarkan peluang berlakon dalam filem 'Estet' sebanyak tiga kali.

"Ketika itu, saya tengah sibuk menyertai Malaysian Idol pada masa itu. Akhirnya, mereka membuat penggambaran pada bulan Ogos tahun berikutnya," kata Jaclyn.

Tambahnya, media tidak mendapatkan penjelasan daripadanya untuk membolehkan dia membela diri.

Pun begitu, jelas Jaclyn, watak perempuan India yang bercakap Tamil dan dipegangnya dalam filem Talentime hampir sama dengan watak filem 'Estet'.

LAGU-LAGU ALBUM 'JACLYN VICTOR III'

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album 'Jaclyn Victor III' ialah:

1)Koleksi Gemilang (gabungan 24 buah lagu yang pernah dipopularkan oleh artis-artis ternama Malaysia suatu ketika dulu dalams atu medley seperti Warisan Wanita Terakhir, Kau Ilham Ku, Kamelia, Sekadar Di Pinggiran, Terasing, Gadis Melayu, Di Sana Menanti Di Sini Menunggu, Menaruh Harapan dan banyak lagi.

Komposer terkenal Nai Kong menggabungkan kesmeua lagu popular itu menjadi sebuah medley dalam durasi 10 minit dan diberi nafas baru dan tersendiri oleh Jaclyn Victor.)

2)Jatuh Cinta(komposer dan lirik oleh Panji) - sebuah lagu 'fast and catchy' dari Jaclyn untuk peminatnya yang sedang bahagia meniti bibit permulaan cinta.

3)Bertamu di Kalbu (komposer dan penulis lirik oleh Anjang Jinbara) - sebuah lagu balada dan melodi lagu Melayu lama ini cukup indah dengan bait-bait lirik yang cukup puitis berkisarkan tentang cinta. Ia merupakan single pertama untuk album 'Jaclyn Victor III'.

4)Senandung Beradu(komposer oleh Aubry Suwito dan penulis lirik oleh Tintas)- sebuah lagu balada yang menceritakan kerinduan dan penantian seorang kekasih terhadap cinta hatinya. Menurut Aubry, muzik lagu ini unik kerana ia melibatkan alat perkusi.

5)Ku Tak Bisa (komposer dan lirik: Boy Razak) - Lagu ini mempunyai balada yang cukup kuat dan indah. Ia mengisahkan seorang kekasih yang mengakui sukar untuk melupakan kekasih hati dan percintaannya yang kecundang.

6)Ku Ingin Kamu (komposer oleh Sharon Paul dan lirik oleh Sulu Sarawak) - Lagu ini mengisahkan perasaan dan harapan seorang kekasih yang ingin kekasih hatinya sentiasa mendampinginya walau dalam apa jua keadaan sekali pun.

7)Biarlah (komposer oleh Syed Nitrus dan lirik oleh Nurfatima) - Lagu mid tempo yang cukup enak didengar ini menasihatkan kita untuk membiarkan apa jua halangan dan kenangan pahit terjadi dalam kehidupan kita berlalu. Ini kerana hidup harus diteruskan dengan apa jua cara.

8)Tentang Mu (komposer dan lirik oleh Faiz Azizi 6ixth Sense) - Sebuah lagu 'catchy' ciptaan komposer muda tanah air tampil dengan muzik yang cukup 'simple'. Terdapat sedikit elemen jazz dalam lagu ini.

Peminat dapat memiliki album Jaclyn Victor III awal 7 hari dari tarikh ia dipasarkan, iaitu 20 Ogos 2009.

Layari www.sonymusic.com.my bermula 11 Ogos 2009 untuk membuat langganan. Harga album hanya RM29.90.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: