CHIHPEN - Sebuah hotel enam tingkat tumbang ke dalam sebatang sungai akibat hakisan banjir semasa Taufan Morakot melanda Taiwan kelmarin.
Beberapa pegawai berkata, seramai 300 orang penghuni hotel yang terletak dalam wilayah Taitung itu selamat selepas mereka berjaya dipindahkan sebelum ia runtuh.
Taufan Morakot melanda kawasan pantai timur China kelmarin selepas hampir satu juta penduduk sekitarnya dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.
Ia membawa hujan lebat dan banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun di Taiwan yang menyebabkan ramai orang hilang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: