Wednesday, August 12, 2009

Gaya deejay mengada-ngada

Baru-baru ini Mangga Muda bersembang dengan beberapa kawan. Dalam banyak-banyak topik tu kawan yang Mangga Muda gelar Ratu Hindustan mengadu kat Mangga Muda. Katanya dia rimas dengan gaya deejay wanita sebuah stesen radio yang bunyinya macam mengada-ngada.

"Aku rimas mendengar cara deejay tu. Bunyinya macam mengada-ngada sangat. Gaya dia menyampaikan maklumat membuatkan aku tak berselera mendengarnya," rungut kawan Mangga Muda.

Semalam semasa dalam perjalanan pulang ke rumah Mangga Muda cubalah mendengar segmen kelolaan deejay tu. Masa tu dah lewat. Dah dekat pukul 12.00 tengah malam. Kira hujung-hujung segmen kelolaan dialah.

Mangga Muda pun naik rimas mendengar gaya penyampaian deejay wanita itu. Dahlah tu info dia pun tak tepat. Selepas memutarkan sebuah lagu Hindustan petikan sebuah filem, dia highlight nama pelakon iaitu Aiswarya Rai dan Vivek Oberoi. Padahal semua orang tahu mereka berlakon dalam filem dan lagu disampakan oleh penyanyi latar. Bila masa pula Aiswarya Rai dan Vivek Oberoi rakam lagu pulak?

Deejay itu asyik sebut nama pelakon dan bukannya nama penyanyi. Kalau radio dia tu keluar gambar lainlah cerita sebab kita akan nampak Aishwarya Rai dan Vivek Oberoi sedang menari. Tapi di radio mana ada gambar cik kak oi.

Sekali sekala adalah juga dia sebut nama penyanyi, tapi dia ni lebih mengenengahkan nama pelakon. Agaknya itulah juga yang membuatkan kawan tadi rimas mendengar celoteh deejay tu.

Mangga Muda: Kadang-kadang semasa memandu pulang, kalau nak dengar lagu Hindi tune juga ke stesen itu, tapi dimatikan segera selepas nyanyian tamat sebab tak nak dengar celoteh deejay. Tapi bila dah matikan tu terlupa terus nak hidupkan balik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: