Saturday, August 22, 2009

Farhan Ketepi Imej Tomboi

Perubahan imejnya makin ketara sejak memenangi Akademi Fantasia Musim Keempat. Jika dulu gadis lincah ini lebih gemar berpakaian ala tomboi dan kasar, namun segalanya ditolak ketepi kini.

"Farhan kenalah pandai jaga imej bila dah jadi artis, perangai kasar dan tomboi kenalah bertapis bila berhadapan dengan peminat dan orang yang lebih tua. Farhan masih tahu hormat orang lain," katanya yang kini sedang sibuk menguruskan syarikat rakamannya sendiri, Mezzoforte Records Sdn. Bhd.

Masih Solo

Walaupun sudah mencecah 25 tahun, namun Farhan masih mendiamkan diri apabila membicarakan soal jodoh. Baginya, apa yang penting untuk diutamakan adalah kesenangan keluarga dan pendidikan adik-adiknya.

"Mungkin jodoh Farhan tak sampai lagi tapi biarlah Farhan cakap yang Farhan still single but not available," ujar Farhan berteka-teki mengenai statusnya kini.

Walaupun pernah menerima tawaran berlakon, namun semuanya ditolak kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang nyanyian.

"Farhan terlampau minat menyanyi sejak kecil lagi dan kalau boleh Farhan nak menyanyi sampai puas," katanya sambil tersenyum.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: