Friday, August 7, 2009

Dengarnya... Tahniah pengacara, kru Majalah 3...Nurul Syuhada



NURUL SHUHADA bersama trofi FDM'09

KATA orang walau sekecil zarah pun sumbangan kita, kalau dilakukan dengan ikhlas, pasti akan membuahkan hasil. Maksud Cik Normah di sini, bukanlah bermakna kita mengharapkan balasan atas apa yang kita lakukan. Namun kalau niat kita suci, Tuhan pasti akan memberikan ganjarannya. Cik Normah saja membangkitkan isu kerana Cik Normah teringat kemenangan yang diraih program Majalah 3 sewaktu Festival Dokumentari Malaysia 2009 yang berlangsung di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Klang baru-baru ini.

Dokumentari yang bertajuk Gaza itu memenangi kategori Dokumentari Isu Semasa Terbaik dan berjaya mengetepikan beberapa dokumentari menarik yang turut dipertandingkan malam itu seperti Dialah Nenekku oleh Farizie Bon Morinding; Lawatan Rasmi PM ke China; Bumi Di Pijak Langit Dijunjung Primeworks) dan Dosa Seorang Ibu (Radio Televisyen Malaysia).

Kemenangan dalam kategori itu melayakkan mereka menerima wang tunai RM5,000 serta trofi FDM'09 selain bertanding merebut trofi Filem Dokumentari Terbaik di samping tiga pemenang lain pada malam kemuncak FFM22 nanti. Wah! Cik Normah tumpang bangga dengan kejayaan itu.

Pengacara program itu, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain yang hadir mewakili team produksi program berkenaan nampak terkejut dan terharu ketika ditemubual wartawan mengenai kejayaan yang diraih program itu. Menurut rakan Cik Normah yang hadir membuat liputan acara itu menyatakan, pengacara jelita itu mengakui bukan mudah untuk dia dan keseluruhan produksi untuk menjayakan dokumentari itu. Banyak sangat duri dan ranjaunya.

Namun berkat kesabaran dan percaya bahawa keikhlasan dan jujur dalam berkarya adalah penting dari segala-galanya, akhirnya Tuhan membalas segala hasil titik peluh mereka itu dengan kemenangan. Apabila Nurul membangkitkan isu ini, serta merta Cik Normah teringat akan satu peristiwa di mana hasil kerja Nurul dan produksi program itu dihentam teruk oleh seorang penulis blog yang memang perasan bagus.

Dalam blog itu, penulis itu mempertikaikan apakah sumbangan Nurul sehingga dia diangkat sebagai seorang pejuang di Gaza walaupun menurutnya pengacara itu hanya sekadar pose cantik saja di tanah bermandikan darah itu. Nasihat Cik Normah, biarlah kita lupakan saja kedangkalan fikiran si penulis blog itu. Tak jadi kudis pun sebenarnya apa yang dikatakannya itu kerana rasanya, ramai kawan-kawan seperjuangan Cik Normah tahu benar dengan perangai perasan bagus di penulis blog itu.

Sekurang-kurangnya hasil kerja yang dipertikaikan itu berjaya juga memenangi anugerah berbanding penulis blog yang tak sedar diri itu. Kau ada? Kalau tak pernah menang apa-apa, baik duduk diam-diam. Tak payah nak tunjuk pandai.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: