Tuesday, August 11, 2009

Dengarnya... Mawi, Faizal berentap musim raya



Mawi (kiri) dan Faizal Ramly.

WALAUPUN bulan puasa belum pun bermula, tetapi ramai juga kalangan peminat seni hiburan sudah mula mencongak untuk menonton filem Melayu mana pada Aidilfitri ini. Alah biasalah, tiba saja musim raya, mestilah ramai yang hendak berkunjung ke pawagam, kononnya merehatkan minda pada suasana yang lebih tenang dan santai. Tak payah fikir fasal kerja, kan?

Ha, pada musim perayaan kali ini, nampaknya penonton boleh pilih, sama ada hendak berhibur bersama jin atau hantu. Jika hendak menonton kisah jin yang nakal, bolehlah bawa kekasih atau keluarga menonton Jin Notti lakonan Fara Fauzana dan Mawi.

Jika hendak menjerit-jerit manja pula, bolehlah ajak teman istimewa menonton Momok The Movie arahan M Jamil. Filem ini mengetengahkan bakat lakonan Faizal Ramly, Abon, Datuk Aziz Sattar dan ramai lagi.

Yang menariknya, raya tahun ini menyaksikan filem lakonan dua juara Akademi Fantasia, Mawi dan Faizal ditayangkan serentak. Bagai berjanji pula syarikat penerbitan masing-masing, KRU Studios dan Galaksi Seni Sdn Bhd.

Jika lakonan Mawi diuji buat kali pertama menerusi filem Jin Notti, Faizal pula ditampilkan M Jamil menerusi filem yang khabarnya menampilkan banyak hantu itu. Siapa ada hantu kena langkah kucing lagi.

Hendak ditentukan siapa yang lebih hebat, kenalah tonton sendiri nanti. Yang pasti, nama Faizal lebih dulu menyerlah dalam bab lakonan apabila dia dicalonkan dalam kategori Pelakon Harapan Lelaki pada Festival Filem Malaysia Ke-22 yang baru berlalu.

Biarpun tidak menang pada FFM22, namun pencalonannya itu bagai memberikan petanda Faizal sebenarnya boleh maju ke hadapan dalam lakonan. Dia pun nampaknya seronok berlakon kerana selepas percubaan pertama menerusi filem hantu, Faizal ditawarkan pula menjadi pelakon utama filem cinta, Pulau Asmara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: