Tuesday, August 11, 2009

Cinta Rahsia Norman-Shireen

“Tak perlu hantaran, hanya sekeping hati yang ikhlas saya berikan kepada Shireen,” ujar Norman sejurus selepas majlis pernikahannya.


“Bukan saya tak mahu berkahwin awal, 17 tahun berlalu dalam dunia seni membuatkan saya leka masa bergerak begitu pantas. Saya juga banyak bergaul dengan mereka yang lebih berusia,” ujar Noman memulakan bicara.

Norman telah mengenali isterinya sejak 11 tahun yang lepas namun hanya rapat dua tahun yang lepas selepas Shireen memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di KRU International.

“Kalau ikut cara Barat, mereka akan tinggal bersama untuk tengok keserasian, tapi sebagai umat Islam, tak boleh la buat begitu. Sebab itu saya cadangkan untuk membawa Shireen masuk ke syarikat saya untuk melihat keserasian dan peluang kami bersama.

“Alhamdullillah Shireen sangat matang dan tak banyak datangkan masalah kepada saya. Dia juga tak minta perhatian yang lebih kerana faham dengan kerjaya saya, kiranya dia tak merunsingkan kepala,” jelas Norman mengenai sikap isterinya.

Shireen Mardziah Hashim dilahirkan di England dan mula menetap di luar negara sejak berusia 10 tahun tidak begitu fasih berbahasa Melayu. Terdapat cerita menarik di sebalik nama indah tersebut. Disebabkan prosedur negara Barat yang akan menggunakan nama keluarga di hadapan nama sebenar, maka nama datuknya dibintikan ke atas namanya. Nama bapanya Mohammad bin Hashim.



“Saya tak mahu hubungan yang terlalu expose dan Shireen juga bijak menyembunyikan kisah cinta kami. Dari situ saya tahu dia ikhlas dan banyak ciri-ciri wanita idaman ada pada dia. Kami juga akan dating di tempat yang tak ramai orang untuk elakkan kontroversi.

“Jika ditakdirkan kami ada anak nanti, saya nak Shireen duduk di rumah mengasuh anak kerana institusi kekeluargaan itu penting, tak nak lah dua-dua kerja dan anak terbiar di rumah,” jelas Norman mengakhiri perbualan.

Tetamu Kehormat yang hadir


Norman dan Shireen selamat dinikahkan di hadapan kaum keluarga dan sahabat terdekat di Masjid Umar Al-Khattab pada 7 Ogos 2009 selepas solat Isyak. Majlis ini turut dihadiri Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman and Julita Aishah Abdul Latif, Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob, Maya Karin, Mawi dan Ekin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: