Chef Zam dan 'protegenya' Datuk Siti Nurhaliza menjayakan program masakan ini dengan berkesan sekali.BIARPUN nama Datuk Siti Nurhaliza begitu tersohor kerana kemasyurannya menyanyi, namun di dapur dia tetap mendapat komen dan kritikan selebriti chef terkenal, Zamzani Abdul Wahab yang lebih dikenali sebagai chef Zam.
Siti berada dalam kelas tersendiri di persada muzik tanah air tetapi penyanyi tersohor kelahiran Rompin ini jugasebenarnya mempunyai bakat tersembunyi yang lain kerana beliau juga seorang tukang masak yang hebat.
Siti menyediakan menu Tomyam Campur Pancawarna.Program Citarasa Bersama Datuk Siti Nurhaliza yang diadakan dikediamannya di Bukit Antarabangsa membuktikan kecekapan Siti menyediakanhidangan yang lazat, sekaligus menyerlahkan bakatnya yang tersembunyiitu.
Chef Zam yang dijemput untuk membantu menjayakan Program Siti itumengatakan masakan Siti adakalanya terlalu masin.
"Kadang-kadang masakan Siti ada yang terlalu masin, saya pun 'takut'bila melihat Siti masukkan banyak garam dalam masakannya," katanya dengan nada berseloroh.
PEDAS...Cili padi turut digunakan dalam masakan ini untuk memberikan citarasa pedas."Selain terlalu masin masakan Siti memang sangat pedas, bukan pedas yangbiasa tapi pedas yang 'meletup'," kata Chef Zam lagi.
Walaupun makanan Siti ada kekurangan, tapi menurut Chef Zam ia sebenarnya terpulang kepada citarasa masing-masing.
"Saya tahu Siti memang suka makan makanan yang pedas dan masin, jadiperkara seperti ini sebenarnya terpulang kepada selera masing-masing.
Hidangan 'Tom Yam campur Pancawarna' cukup pedas lagi menyelerakan."Yang lebih penting masakan dia (Siti) semuanya memang ok," kata Chef Zam lagi.
Mengulas mengenai penglibatannya dalam program masakan Siti, beliau memberitahu pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima yang menghubunginya untuk membantumemperkemaskan lagi persembahan masakan Siti.
Beliau juga melahirkan perasaan gembiranya dan merasa bangga keranadapat bekerjasama dengan juara lapan kali berturut-turut Artis Serantau Paling PopularAnugerah Planet Muzik itu.
"Semasa saya berada di Surabaya Kak Erma hubungi saya dan mintapertolongan supaya saya bantu Program Siti.
PENCUCI MULUT... Pulut Durian Seribu Kemanisan cukup menyelerakan!"Sebelum ini saya sudah beberapa kali pernah berjumpa dengan Siti, tapibelum ada peluang untuk bekerjasama denganya... inilah kali pertama dan saya sangat gembira dan bangga.
"Tugas saya mudah, saya hanya membantu Siti dari aspek teknikal sahaja,contohnya seperti memberitahu khasiat bahan-bahan yang digunakan untuk memasak makanantersebut, cara memasak yang betul dan membantu dari segi persembahanmakanan supaya ia kelihatan lebih menarik dan moden.
"Siti bijak mengunakan pengalamannya dalam bidang nyanyian dan pengalaman saya dalam bidang masakan untuk mengacara program masakannya itu dengan baik.
"Siti pun tidak kekok ketika memasak, memang dia seorang yang berbakat,"katanya.
Siti bangga mempamerkan hidangan lazat untuk para penonton program masakan.Rupa-rupanya Chef Zam juga seorang peminat setia semua album Sitiapabila mengakui beliausering membawa album Siti kemana-mana sahaja termasuklah apabila pergike luar negara.
"Saya memang beli semua album Siti dan bila pergi ke luar negara memangsaya akan bawa bersama-sama untuk promosi kepada kawan-kawan.
"Bagi saya muzik Siti adalah satu kebanggaan kepada Malaysia," kata ChefZam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: