Thursday, August 27, 2009

Brown dihukum kerja


BROWN memasuki Mahkamah Tinggi Los Angeles kelmarin.


LOS ANGELES – Penyanyi irama R&B, Chris Brown kelmarin diletakkan di bawah pengawasan polis selama lima tahun selain melakukan kerja komuniti selama 180 hari kerana menyerang bekas teman wanitanya iaitu bintang pop, Rihanna pada Februari lepas.

Brown yang berusia 20 tahun itu turut diarah supaya menjauhi Rihanna sekurang-kurangnya dalam jarak 90 meter hingga Ogos 2014.

Namun, jarak itu boleh dikurangkan kepada sembilan meter jika terdapat acara rasmi industri muzik.

Ketika hukuman itu dibacakan, Brown berada di Mahkamah Tinggi Los Angeles dengan ditemani oleh ibunya, seorang rakan karib dan beberapa pegawai peribadi.

Brown dibenarkan menjalani hukuman tersebut di negeri asalnya, Virginia tetapi dia perlu kembali ke Los Angeles setiap tiga bulan bagi melaporkan perkembangannya kepada Hakim Patricia Schnegg.

“Saya mahu anda melakukan kerja fizikal seperti mengutip sampah, membasuh kereta atau menyapu sampah dan bukan hanya khidmat komuniti,” kata Schnegg.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: