Friday, August 14, 2009

Bekas lelaki tergemuk diet lagi




OMAHA - Bekas lelaki paling gemuk di dunia, Patrick Deuel (gambar) kembali berdiet walaupun dia telah menjalani pembedahan bagi mengurangkan nafsu makannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki berusia 47 tahun itu yang berasal dari Nebraska, Amerika Syarikat menghabiskan masa di atas katil selama tujuh tahun kerana beratnya pernah mencecah hampir 500 kilogram.

Dua tahun lalu, Patrick berupaya berjalan seperti orang lain selepas beratnya turun mendadak kepada 165 kilogram setelah menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, Deuel kembali berdiet selepas beratnya kini melonjak kepada 228 kilogram sekali gus menyebabkan dia sukar bergerak.

Dia mendapat semangat baru selepas kembali tinggal bersama isterinya, Edie di pangsapuri baru mereka di sini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: