GUA MUSANG: Panik selepas perbuatannya memperkosa anak tiri terbongkar, seorang lelaki cuba membunuh remaja berusia 15 tahun itu dengan menikam dan menyimbah asid sebelum dia sendiri meneguk asid terbabit dan mati di tempat kejadian.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi semalam, lelaki berusia 50-an berkenaan membawa anak tirinya ke sebuah ladang getah di Kampung Aring Enam selepas keluar dari rumah mereka di Kampung Aring Satu dengan alasan mahu membawanya bersiar-siar di bandar.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan, berkata apabila tiba di ladang terbabit, lelaki bernafsu syaitan itu merogol anak tirinya itu.
“Remaja itu yang terkejut dengan perbuatan bapa tirinya merintih serta merayu supaya tidak diperlakukan sedemikian dan jeritannya didengari beberapa penduduk yang kebetulan berada berhampiran ladang getah berkenaan.
“Penduduk kampung memberi bantuan kepada remaja berkenaan dan menemui mayat lelaki itu tidak jauh dari tempat kejadian sebelum melaporkannya kepada polis,” katanya.
Aziz berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui mayat lelaki terbabit terbujur di ladang getah berkenaan, manakala anak tirinya yang cedera parah dihantar ke Pusat Kesihatan Bandar Ciku untuk rawatan.
Katanya, remaja terbabit yang dalam keadaan kritikal kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab Dua (HRPZII) Kota Bharu untuk mendapat rawatan lanjut.
Mayat lelaki berkenaan pula dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: