Monday, August 3, 2009

Bangunan runtuh jatuh berguling


SEBUAH bangunan berguling selepas diletupkan di Istabul baru-baru ini.


ISTANBUL - Satu operasi meletupkan sebuah bangunan lama di sini hampir mencetuskan tragedi apabila bangunan tersebut sebaliknya runtuh ke sisi dan bahagian bumbung berguling, lapor sebuah akhbar semalam.

Bangunan menempatkan kilang tepung yang dibina pada 1928 itu nyaris menimpa beberapa bangunan rumah pangsa yang terletak berhampiran lokasi kejadian.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menarik nafas lega apabila tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.

Orang ramai terkejut melihat sebahagian bangunan itu berada dalam kedudukan terbalik selepas operasi meletupkannya selesai.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: