Tuesday, August 4, 2009

Band Otai Kembali Gegar

Himpunan lagu top bang otai.

Macam putaran roda pun ada dan macam magik pun ada juga bila lagu-lagu lama diminati semula oleh anak muda sekarang.

Lagu-lagu rock era 80-an kembali diminati. Geng rokerz otai memanglah minat, tapi rokerz baru nak naik pun suka juga dengar lagu-lagu lama ini.

Stesen radio yang putar lagu-lagu lama, Sinar FM pun semakin popular dan bertambah bilangan pendengar dari sehari ke sehari.

Lagu-lagu yang mereka putarkan mendapat sambutan dan yang positifnya mereka pastinya memutarkan banyak lagu buatan Malaysia.

Band-band otai pun kembali hidup dan dapat peluang mengadakan persembahan semula gara-gara lagu lama mereka yang kembali diminati.

Album kompilasi lagu-lagu lama juga semakin mendapat sambutan. Semasa artis baru perit nak pasarkan album. kompilasi otai ni pula yang meriah jualan.

Salah satu allbum yang sedang hangat ialah Band-Band Otai yang menghimpunkan 22 buah lagu daripada kumpulan yang pernah hangat pada era 70-an dan 80-an.

Antara band pilihan ialah Gingerbread (Mat Jiwa-Jiwa, Samba), Sweet Charity (Jangan Tunggu Lama-Lama, Cinta Dan Cipta), Revolvers (Namun Kupunya Hati, Perpisahan), Sweet September (Hatiku Kau Guris Luka), Carefree (Rindu Bayangan), Black Dog Bone (Hatiku Luka Lagi), Alice Sound (Keluhan Kasih), Ilusi (Puisi Cinta, Suara Cinta), Bubbles (Impian Hampa), Metropolitan (Di Sebalik Rahsia Cinta), Freedom (Mulanya Di Sini), Kenny, Remy & Martin (Kupetik Bintang-Bintang) dan lain-lain.

Band lain yang turut dimuatkan ialah Brain Connections, Kembara, Headwind, Artstream dan Urgent. Turut dimuatkan lagu-lagu Cinta Hampa daripada kumpulan Dlloyd dari Indonesia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: