![]() |
| GAMBAR fail menunjukkan Michael dengan Cameron. |
NEW YORK - Anak lelaki pelakon terkenal Michael Douglas iaitu Cameron Douglas, 30, ditahan polis berhubung dadah di sebuah hotel mewah di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang merupakan anak tunggal daripada isteri pertama Michael iaitu Diandra Luker, ditangkap di Hotel Gansevoort di Manhattan pada 28 Julai lalu ketika melakukan urusan penjualan pil metaphatamine.
Dia pernah ditahan di California pada 2007 kerana memiliki kokain tetapi kes itu digugurkan kerana tidak cukup bukti.
Michael yang memenangi anugerah Oscar dan Golden Globe untuk filem Wall Street pada 1987 gagal dihubungi untuk mendapatkan komen.
Dia turut mempunyai dua anak lagi iaitu Dylan dan Carys bersama isteri kedua, Catherine Zeta-Jones.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: