AC Mizal kini kembali untuk musim keenam dengan pengisian yang lebih segar dan mantap termasuklah pembaharuan tajuk daripada AC di Sini kepada AC?. Program yang penuh keletah spontan artis jemputan dan penonton ini amat menarik dan berjaya menghilangkan tekanan setelah seharian bekerja. "AC? ini boleh membawa banyak makna, mungkin nama AC Mizal sendiri dan boleh juga Apa Cerita? dan penonton sendiri boleh menterjemahkannya mengikut kesesuaian."
"Selain itu, kami menambah segmen Kaunter AC, sesuatu yang belum pernah dibuat di mana-mana rancangan talkshow, dan akan ketengahkan bakat orang Malaysia seperti Raja Ular," ujarnya ringkas mengenai pembaharuan yang dilakukan dalam rancangan AC?.
"Program ini akan lebih berkisar kepada jemputan dan bukan fokus kepada saya, kami juga tidak akan mengajukan soalan yang terlampau panas seperti musim yang lepas."
"Namun musim ini akan lebih menjurus kepada elemen kehidupan artis yang juga menjalani hidup seperti insan lain," ujar AC berkenaan dengan program yang bualbicara yang dikendalikannya.
Program ini akan memperkenalkan lima segmen baru seperti Carta AC dan Teropong, Borak AC dan Kaunter AC, Gelak Geli AC, Wow!! dan Garaj AC.
Program ini bakal menggunakan set studio baru berlatarkan suasana glamor. Perhiasan di sekeliling set studio juga akan dihiasi sudut yang diberi nama Garaj AC dan Kaunter AC di samping sudut muzik yang akan dimainkan secara langsung. AC? mula menemui penonton bermula pada 7 Ogos 2009 pada jam 9.00 malam. |
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: