Tuesday, August 11, 2009

47 maut di Iraq


SEORANG lelaki berjalan melintasi sebuah trak yang musnah di Kampung Khaznah dekat Mosul semalam.



SEORANG wanita menjaga anak saudaranya yang cedera dalam kejadian dua trak meletup di Kampung Khaznah, dekat Mosul semalam.


KHAZNAH - Dua trak bom yang menjadikan satu kawasan penempatan sebagai sasaran di utara Iraq dan satu siri serangan bom di Baghdad menyebabkan sebanyak 47 orang terbunuh dan hampir 250 orang cedera semalam.

Dalam letupan dua trak itu, sekurang-kurangnya 28 mati dan hampir 155 penduduk Kampung Khaznah yang dihuni lebih 3,000 penduduk berketurunan Kurdis di utara Mosul cedera.

Letupan kuat itu meranapkan 35 rumah serta menyebabkan sebuah lubang besar terbentuk.

Seorang penduduk yang terselamat, Falah Ridha, 23, berkata, dia terselamat manakala 11 anggota keluarganya terbunuh.

Sementara itu di Baghdad. dua bom meletup ketika sejumlah orang sedang mencari pekerjaan, kata polis dan Kementerian Dalam Negeri.

Bom pertama meletup di Hay al-Amel menyebabkan tujuh orang terbunuh dan 46 cedera.

Serangan kedua berlaku di Shurta Arbaa di utara Baghdad menyebabkan sembilan orang maut dan 36 lagi cedera.

Dalam kejadian ketiga, sebanyak tiga orang maut dan 14 cedera di pinggir Saidiyah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: