Saturday, March 7, 2009

Rosyam cari heroin filem Kekasih

alt

Rosyam Noor kini sedang mencari heroin dan pelakon-pelakon lain untuk membintangi filem terbaru terbitan dan lakonannya, Kekasih.

Bukan pelakon sedia ada yang dicarinya sebaliknya Rosyam mencari wajah baru. Wajah baru itu bakal dicari dalam program realiti berjudul Pilih Kasih yang diterbitkannya sendiri melalui Suhan Movies & Trading.

"Inilah program realiti pertama yang formatnya mencari pelakon, dan pesertanya dipilih dari kalangan orang biasa di luar sana," kata Rosyam.

alt src=images/stories/rosyam-kasih-2.jpgRosyam juga berharap populariti yang diraih oleh peserta dalam program realiti itu akan membantu mempromosikan filem tersebut apabila ditayangkan nanti.

Pilih kasih akan disiarkan di RTM tidak lama lagi. Siri menjelajah mencari bakat baru akan berula di Johor Bahru pada 11 April depan.

Mereka akan ke Seremban, Kota Bharu, Kuantan, Sawarak, Miri, Putrajaya, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan beberapa tempat lagi. Pengumuman pasalnya akan dibuat dari semasa ke semasa.

"Saya memang mengharapkan kerjasama semua pihak membantu meenguar-uarkan program baru ini," kata Rosyam dalam satu majlis bersama editor-editor hiburan majalah-majalah dan segmen hiburan akhbar di Kuala Lumpur pada 5 Mac 2009 lalu.

Pilih Kasih akan bersiaran mulai Jun depan dan persembahan pertama peserta secara langsung pada 6 Jun 2009. Semacam program Akademi Fantasia, Pilih Kasih juga ada tenaga pengajar dan program diari harian peserta.

"Tujuan utama ialah mencungkil bakat baru dan memberi peluang kepada muka baru mencari peluang dalam bidang lakonan. Saya dapati banyak orang di luar sana yang nak jadi pelakon, tetapi tak tahu saluran yang nak dituju.

"Ada juga yang membuat andaian jadi pelakon ni hanya indah belaka... dalam program ini nanti kita akan tonjolkan bagaimana suasana sebenar artis di belakang tabir. Mungkin ada yang kena marah dengan pengarah dan sebagainya," kata Rosyam lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: