KUALA LUMPUR: Melihat perlakuan antara aktres Memey Suhaiza dengan ibu aktor Norman Hakim, Kamariah Kamat ketika hadir di Mahkamah Syariah Gombak Timur di sini, semalam, kedua-duanya tampak mesra antara satu sama lain.
Kemesraan mereka jelas kelihatan ketika di dalam dewan perbicaraan apabila mereka sempat berbisik sesuatu sambil tersenyum sipu.
Sebelum Kamariah pulang, Memey yang sedang ditemubual sempat mendapatkan Kamariah lalu menyapa wanita berusia 66 tahun itu dengan panggilan ‘mak’.
Sejurus selepas itu, Memey terus bersalam dan mencium tangan ibu pelakon yang baru bercerai dengan aktres Abby Abadi itu.
| |
Lantas ketika diajukan mengenai panggilan ‘mak’, Memey berkata dia sudah biasa membahasakan Kamariah sebagai ‘mak’ sejak mereka rapat pada tahun lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: